Posts

Showing posts from March, 2017

PERASMIAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUALA KANGSAR

Image
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah merasmikan Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kangsar dan sekaligus mengisytiharkan nama baharu bagi MRSM itu sebagai MRSM Sultan Azlan Shah. MRSM Sultan Azlan Shah dinamakan sempena nama ayahanda baginda yang juga Sultan Perak ke-34, Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah.  MRSM ini terletak di kawasan seluas 20.2 hektar di Liman Kati, kira-kira 15 kilometer dari bandar Kuala Kangsar. MRSM ini adalah MRSM yang kelapan di Negeri Perak yang dibina. MRSM ini mula beroperasi pada 6 Julai 2015 yang sehingga kini mempunyai 725 pelajar dan 89 orang kakitangan. Turut berangkat ke majlis tersebut adalah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.  Hadir bersama adalah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan...