Posts

Showing posts from August, 2017

SUKAN KAKITANGAN & GURU MARA ZON UTARA 2017 'KAGUM'

Image
'KAGUM' yang dikenali sebagai Sukan Kakitangan & Guru MARA Zon Utara 2017 telah diadakan pada 4 hingga 6 Ogos 2017 yang bertempat di MRSM Lenggong. Acara yang dipertandingkan adalah Bowling, Badminton, Ping Pong, Dart, Scrabble, Memancing, Bola Sepak, Bola Jaring, Tenis, Petanque, Kayak, Catur, Basikal Bukit, Memanah, Bola Tampar, Bola Baling dan Sepak Takraw. Kami (saya dan rakan-rakan pejabat) menyertai pertandingan Bola Baling. Permainan Bola Baling ini adalah sesuatu yang asing bagi saya. Asas permainan pun tak ada. Dan paling teruknya, saya tak pernah menyertai mana-mana sukan & permainan dari peringkat sekolah lagi. 😭😭😭 Gambar selepas training ... Masa ni masing-masing boleh training gelak-gelak lagi. Memang sangat mencabar apabila kami yang seramai 10 orang ni, terpaksa training dalam masa seminggu sahaja. Jari kami yang biasa menari tangan di atas keyboard,  terpaksa belajar menangkap bola dan berlari. Stamina tu jangan cakaplah, memang...