SUKAN KAKITANGAN & GURU MARA ZON UTARA 2017 'KAGUM'

'KAGUM' yang dikenali sebagai Sukan Kakitangan & Guru MARA Zon Utara 2017 telah diadakan pada 4 hingga 6 Ogos 2017 yang bertempat di MRSM Lenggong. Acara yang dipertandingkan adalah Bowling, Badminton, Ping Pong, Dart, Scrabble, Memancing, Bola Sepak, Bola Jaring, Tenis, Petanque, Kayak, Catur, Basikal Bukit, Memanah, Bola Tampar, Bola Baling dan Sepak Takraw.

Kami (saya dan rakan-rakan pejabat) menyertai pertandingan Bola Baling. Permainan Bola Baling ini adalah sesuatu yang asing bagi saya. Asas permainan pun tak ada. Dan paling teruknya, saya tak pernah menyertai mana-mana sukan & permainan dari peringkat sekolah lagi. 😭😭😭


Gambar selepas training... Masa ni masing-masing boleh training gelak-gelak lagi.


Memang sangat mencabar apabila kami yang seramai 10 orang ni, terpaksa training dalam masa seminggu sahaja. Jari kami yang biasa menari tangan di atas keyboard, terpaksa belajar menangkap bola dan berlari. Stamina tu jangan cakaplah, memang pancit. 😆😆😆

Jadi........................... ini lah kami, wakil MRSM Sultan Azlan Shah bagi permainan Bola Baling.




Sesi Warming Up (Masa ni semua berdebar dan kecut perut)


Nampak tak semangatnya kami. Pasukan lain relax jee... 😅😅😅


Dari kiri (atas) : Maisarah, Maslina, Fazura, Zarimah, Azarita, Syida
Dari kiri (bawah) : Haniza, Hawa, Empunya Diri dan Hidayani


Sesi memperkenalkan diri dengan padang dan gol. Ha.......bersungguh-sungguh tau walaupun kecut tulang belulang sumeee....


Walaupun kami kalah dengan MRSM Felda dan MRSM Gerik tapi kami bangga sebab dapat menyertai 'KAGUM' 2017 dan membebaskan diri kami dari keyboard untuk seketika. Harapnya tahun depan kami akan turut serta lagi. 'Play for fun'. Go MRSM SAS!




Comments

Popular posts from this blog

PERBEZAAN 'JUICING' DAN 'SMOOTHIES'

TIPS PACKING CAMERA YANG BERKESAN UNTUK TRAVELLER