PERBEZAAN 'JUICING' DAN 'SMOOTHIES'
Suka minum jus dan smoothies ? Ini adalah post yang sesuai untuk anda semua. Sejak kebelakangan ini dah menjadi trend pula orang ramai suka minum jus dan smoothies. Kedua-duanya adalah sihat dan menyegarkan kerana menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Bagus juga diamalkan untuk orang yang ingin diet dan kuruskan badan. Smoothies dan juicing ada bezanya dan kedua-duanya ada kebaikan masing-masing. Bergantung kepada individu itu sendiri yang mana lebih diminati. Mana-mana cara sekali pun kita boleh enjoy kesegaran dan kebaikan buah-buahan dan sayur-sayuran. Boleh juga ditambah beberapa jenis herba dan kekacang untuk menjadikan resepi juice dan smoothies lebih berkrim dan mengenyangkan.
Tapi jaga-jaga.. Kadang-kadang kita terlepas pandang dan akhirnya juicing dan smoothies mengundang bahaya bila kandungan gula yang tinggi telah digunakan tanpa kita sedar. Gunakan bahan-bahan bebas gula dan rendah lemak untuk lebih sihat. Kelebihan hasilkan juicing dan smoothies sendiri adalah kita dapat memilih bahan-bahan yang ingin dicampur.
Disini saya kongsikan beberapa resepi juicing dan smoothies yang boleh dicuba.

Nampak menarik dan menyelerakan bukan ? Boleh hasilkan untuk anak-anak dan keluarga juga. Jadikan satu habit untuk minum minuman yang sihat. Jangan lupa cuba resepi-resepi yang saya kongsikan dan mulakan amalan pemakanan yang sihat untuk kehidupan lebih berkualiti.
SUMBER / SOURCE : Food Nutrition Part 5 - Juicing & Smoothies






Comments
Post a Comment